Pejabat Urusan

Lot 1.06, Plaza MARA, 45300 Sg. Besar. Selangor Darul Ehsan. Tel : 010-519 3534, 010-335 2309, 019-307 0705

Pembangunan Asnaf ?


Harta milik Awam.
Harta milik negara yang berupa tanah, bangunan, sarana umum dan pendapatannya.
Harta usyur.
Harta tidak sah para penguasa dan pegawai negara, harta hasil kerja yg bertentangan dgn syarak serta harta yg diperolehi dari tindakan curang lainnya.
Khumus harta temuan dan bahan galian.
Harta kelebihan dari sisa pembahagian waris dan harta yang tiada pewaris.
Harta orang-orang murtad.
Pajak.
Harta Zakat

"Sesungguhnya 
zakat-zakat itu adalah untuk ;
1. Orang-orang fakir
2. Orang-orang miskin
3. Pengurus-pengurus zakat
4. Para muallaf yang dibujuk hatinya
5. Untuk ( memerdekakan ) budak
6. Orang-orang yang berhutang
7. Untuk jalan Allah
8. Dan Ibnu sabil
sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah; 
dan Allah Maha Mengetahui 
lagi Maha Bijaksana".
At-Taubah(9) : 60
Sejarah Zakat
Setiap umat Muslim berkewajiban untuk memberikan sedekah dari rezeki yang dikaruniakan Allah. Kewajiban ini tertulis di dalam Al-Qur’an. Pada awalnya, Al-Qur’an hanya memerintahkan untuk memberikan sedekah (pemberian yang sifatnya bebas, tidak wajib). Namun, pada kemudian hari, umat Islam diperintahkan untuk membayar zakat. Zakat menjadi wajib hukumnya sejak tahun 662 M. Nabi Muhammad melembagakan perintah zakat ini dengan menetapkan pajak bertingkat bagi mereka yang kaya untuk meringankan beban kehidupan mereka yang miskin.. Sejak saat ini, zakat diterapkan dalam negara-negara Islam. Hal ini menunjukan bahwa pada kemudian hari ada pengaturan pemberian zakat, khususnya mengenai jumlah zakat tersebut.
Pada zaman khalifah, zakat dikumpulkan oleh pegawai sipil dan didistribusikan kepada kelompok tertentu dari masyarakat. Kelompok itu adalah orang miskin, janda, budak yang ingin membeli kebebasan mereka, orang yang terlilit hutang dan tidak mampu membayar. Syari’ah mengatur dengan lebih detail mengenai zakat dan bagaimana zakat itu harus dibayarkan. Kejatuhan para kalifah dan negara-negara Islam menyebabkan zakat tidak dapat diselenggarakan dengan berdasarkan hukum lagi.  

akat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:“ (۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ”
“ Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui ”

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.


Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya itu.

Syarat wajib zakat
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Milik sempurna
  4. Cukup nisab
  5. Cukup haul (genap setahun hijriah)
  6. Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
Jenis zakat


Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta

Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.


Zakat harta

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.


Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):“ (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya. ”




Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):“ Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. ”


Zakat harta di Malaysia

Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia:
  1. Zakat pendapatan
  2. Zakat wang simpanan
  3. Zakat KWSP
  4. Zakat saham / pelaburan
  5. Zakat emas dan perak
  6. Zakat perniagaan
  7. Zakat binatang ternakan
  8. Zakat hasil pertanian
  9. Zakat hasil laut
  10. Zakat rikaz dan ma'din


Golongan yang layak menerima zakat
Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.


Faedah Zakat

Faedah diniyah (Agama)
  • Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
  • Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang memuat beberapa macam ketaatan.
  • Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
  • Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah disabdakan Rasulullah s.a.w.


Faedah Khuluqiyah (Akhlak)
  • Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
  • Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
  • Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
  • Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.


Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan)

  • Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
  • Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
  • Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih sayang antara si kaya dan si miskin.
  • Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan melimpah.
  • Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat.
  • Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.


Hikmah Zakat

  • Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
  • Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
  • Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
  • Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
  • Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
  • Untuk pengembangan upaya umat
  • Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
  • Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.