Pejabat Urusan

Lot 1.06, Plaza MARA, 45300 Sg. Besar. Selangor Darul Ehsan. Tel : 010-519 3534, 010-335 2309, 019-307 0705

Sosio-ekonomi berkebajikan


PENGUMUMAN !
PENGUMUMAN !
PENGUMUMAN !



"Sistem Ekonomi konvensional..... adalah disebabkan oleh faktor TEORI KETERHADAN  . Sekiranya ada bijak pandai atau pakar ekonomi yang dapat PECAHKAN PUNCA KETERHADAN akibat dari teori tersebut.... 
maka mungkin ilmu-ilmu yang ada dalam mana-mana BUKU EKONOMI  perlu dikajisemula atau diubah atau tidak perlu digunapakai lagi"
( termasuk kesan kepada teori-teori sedia ada seperti permintaan, penawaran, harga dll. )


INI SEKADAR SUATU PENDAPAT SEMATA-MATA
 TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA PUN TETAPI IA AMAT PENTING 
UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA AKAN KEBENARANNYA
PADA MASA KINI ATAU MASA AKAN DATANG .
TERIMA KASIH.  

SOSIO-EKONOMI BERKEBAJIKAN - "Harmonisme"
Ia merupakan suatu usaha ke arah mengatasi punca masalah keterhadan tersebut  dan diharap ia mampu dijadikan sebagai asas kepada SOLUSI KEWANGAN masa kini dan akan datang.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi : BAITU RIDWAN
Perunding Solusi Kewangan Anda 
 "Hidup Tenang Tanpa Hutang"


Sistem Ekonomi Konvensional - Kapitalisme 

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.

Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme. Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis.

Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masehi dan 19 Masehi. Walaubagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lain terutamanya di kalangan saudagar Zaman Pertengahan.[1] Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme.[1] Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20, dan menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustrian.



Kapitalisme sebagai sistem ekonomi yang difahami bermula di Eropah pada kurun ke-13, menjelang akhir zaman feudal. Manusia itu, kata Adam Smith, sentiasa ada kecenderungan untuk "mengangkut dan menukar barang kepada barang lain." Kecenderungan kepada perdagangan dan pertukaran ini digalakkan oleh beberapa siri Perang Salib dari kurun ke-11 hingga ke-13. Penerokaan bangsa Eropah pada kurun ke-15 dan ke-16 menguatkan dorongan kepada perniagaan dan perdagangan, terutama berikutan kebanjiran logam berharga yang masuk ke Eropah selepas penerokaan dan penawanan Dunia Baru. Aturan ekonomi yang muncul dari peristiwa-peristiwa ini pada dasarnya bersifat komersil iaitu tumpuan lebih kepada pertukaran barangan daripada pengeluaran. Penekanan kepada pengeluaran tidak berlaku hingga kebangkitan perindustrian pada kurun ke-19.

Sebelum masa itu, akan tetapi, satu unsur penting dalam sistem kapitalis muncul: usahawan atau pengambil risiko. Unsur penting dalam kapitalisme adalah menjalankan aktiviti dengan jangkaan yang ia akan menghasilkan keuntungan pada masa depan. Kerana masa depan tidak diketahui, kedua-dua risiko kerugian dan keuntungan wujud. Jangkaan risiko ini adalah salah satu peranan khusus yang dimainkan oleh seorang usahawan.

Gerakan ke arah kapitalisme dari kurun ke-13 dan seterusnya dikuatkan lagi oleh Renaisans dan Reformasi. Perkembangan besar ini mengubah masyarakat dan membuka jalan kepada kemunculan negara-bangsa moden, yang kemudian membawa kepada keamanan, peraturan, dan undang-undang yang penting bagi pertumbuhan kapitalisme. Pertumbuhan ini dicapai melalui pengumpulan lebihan ekonomi oleh usahawan dan pelaburan semula lebihan ini ke dalam sistem untuk pengembangan. Tanpa keamanan, stabiliti dan kesinambungan, proses ini tidak boleh berlaku.
 

Merkantilisme

Dari kurun ke-15 hingga ke-18, dengan kelahiran negara-bangsa, kapitalisme yang berkembang bukan hanya berbaur komersil tetapi ke arah merkantilisme. Bentuk ini mencapai tahap tertinggi di England.

Sistem merkantilis lebih kepada harta persendirian dan penggunaan pasaran untuk aktiviti ekonomi mudah. Tumpuan utama merkantilisme adalah kepentingan negara dan bukan individu pemilik sumber ekonomi. Pada era merkantilis, tujuan utama dasar ekonomi adalah menguatkan negara dan agendanya. Untuk itu, kerajaan mengawal kuat aktiviti pengeluaran, pertukaran dan penggunaan barang.

Ciri paling menonjol merkantilisme adalah kesibukan negara mengumpul kekayaan dalam bentuk emas dan perak. Kerana kebanyakan negara tidak mempunyai sumber asli yang banyak bagi logam berharga ini, cara terbaik mendapatkannya adalah melalui perdagangan. Ini bermakna berusaha ke arah imbangan perdagangan yang menguntungkan iaitu lebih ekport daripada import. Negara luar akan membayar import dalam bentuk emas dan perak. Negara merkantalis juga lebih gemar mengekalkan upah rendah kerana percaya ini akan tidak menggalakkan import dan menyumbang kepada lebihan eksport. Seterusnya menambahkan lagi emas yang masuk ke dalam kantung negara.

Akan tetapi, kekayaan sebenar sesebuah negara tidak bergantung kepada banyaknya emas dan perak, tetapi kemampuannya dalam pengeluaran. Emas dan perak yang banyak diperoleh dari imbangan perdagangan akan menjadi perangsang kepada aktiviti ekonomi secara umum, membolehkan negara mengenakan lebih cukai dan mendapat lebih perolehan. Tetapi hanya beberapa negara yang mengamalkan merkantilisme memahami prinsip ini.
 

Membeli, menjual, bekerja dan menggaji

Adam Smith, pelopor sistem ekonomi kapitalisme atau pasaran bebas melalui bukunya The Wealth of Nations.

Dalam kapitalisme, kita berhak menjual atau meminjamkan barang atau perkhidmatan dan orang lain juga berhak membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat dalam ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja atau kumpulan tertentu. Konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations.

Perkataan modal (capital) merujuk kepada barang atau wang yang dipunyai oleh seseorang dan boleh digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak barang atau mendapat lebih banyak wang. Sebagai contoh tanah, kilang, alatan, kedai dan mesin adalah modal. Jika seseorang mempunyai wang yang boleh dilabur, ini dipanggil modal juga. Mereka yang mempunyai modal ini dipanggil kapitalis (mereka yang menyokong dasar kapitalisme juga digelar kapitalis). Mereka boleh menggaji pekerja untuk bekerja di kedai, kilang atau tanah.

Dalam kapitalisme, kebanyakan orang adalah golongan pekerja (atau proletariat). Mereka tidak mempunyai modal dan mesti bekerja untuk menyara hidup. Seseorang boleh memilih untuk bekerja dengan sesiapa sahaja dalam pasaran bebas. Kerajaan tidak memberitahu individu kerja apa harus dibuat, juga tidak melarang individu dari melakukan sesuatu pekerjaan.

Konsep ini berbeza dengan sistem ekonomi lain seperti feudalisme, di mana seseorang bekerja untuk tuan tanah mereka.
 

Pelaburan

Dalam kapitalisme terdapat konsep pelaburan. Individu-individu boleh mengumpulkan duit bersama untuk membina atau membeli sesuatu dan mereka ini adalah tuan punya benda yang dilaburkan. Dalam pasaran saham, mereka boleh membeli dan menjual saham.

Pelaburan adalah ciri penting kapitalisme. Perkataan kapitalis boleh merujuk kepada mereka yang melabur, contohnya mereka yang mencari risiko untuk melabur dalam perniagaan baru (venture capitalist).

Mereka yang memulakan perniagaan atau melabur dalam perniagaan boleh mendapat banyak wang atau dipanggil keuntungan. Mereka kemudiannya boleh melaburkan keuntungan dalam perniagaan lain atau membesarkan perniagaan sedia ada.
 

Kritikan terhadap kapitalisme

Golongan sosialis dan komunis adalah antara mereka yang menentang kapitalisme. Mereka mengatakan kapitalisme menjejaskan golongan pekerja kerana golongan kapitalis mendapat lebih banyak keuntungan sedangkan golongan pekerja mendapat gaji yang tidak setimpal. Wujudnya jurang yang luas kaya dan miskin serta mereka yang miskin dan bertambah miskin.

Karl Marx seorang pemikir komunis dari German dalam bukunya Das Kapital (The Capital) menulis bahawa kapitalisme hanya dapat disingkirkan apabila golongan pekerja mengambil alih kerajaan melalui revolusi. Selain itu, sistem ekonomi ini dulunya dianut oleh negara miskin dan kekurangan sumber daya alam (SDA) dan sumber daya manusia (SDM).
 

Golongan kapitalis

Terdapat pelbagai label untuk penyokong sistem kapitalisme. Di beberapa bahagian di dunia, mereka dikenali sebagai liberal. Di Amerika Syarikat dan beberapa tempat, mereka yang menyokong kapitalisme dipanggil libertarian.

Mereka yang menyokong kapitalisme juga mempunyai perbezaan pendapat. Kebanyakan orang bersetuju bahawa kapitalisme akan berfungsi dengan baik dengan kawalan kerajaan. Di kebanyakan negara, kerajaan berusaha supaya urus niaga jual beli berjalan dengan adil dan tidak menindas pekerja. Apabila terdapat campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi pasaran, ini dipanggil "ekonomi campuran" dan bukannya sistem kapitalisme yang tulen.